Persamaan dengan bahasa-bahasa lain Bahasa_Betawi

Di Pulau Jawa ada bermacam-macam bahasa, seperti bahasa Betawi, bahasa Sunda, bahasa Jawa, bahasa Madura, dan lain sebagainya tetapi hanya bahasa Betawi yang bersumber kepada bahasa Melayu seperti halnya bahasa Indonesia. Bagi orang Malaysia yang mendengar bahasa ini mungkin agak sedikit tidak faham, kerana bahasa ini sudah bercampur dengan bahasa-bahasa asing, seperti Belanda, bahasa Portugis, bahasa Arab, bahasa Cina, dan banyak bahasa lainnya. Tetapi bahasa ini ialah bahasa yang termudah difahami oleh orang Malaysia dibandingkan bahasa Pulau Jawa yang lain selain bahasa Indonesia.